Friday, August 6, 2010

Diploma Pendidikan Pra Sekolah - KOLEJ UNITI

Merupakan program yang dibangunkan sendiri oleh kolej Uniti. Dibangunkan bertujuan membuka peluang tambahan kepada kursus sedia ada kepada pelajar supaya dapat menceburi bidang pendidikan pra sekolah.

SYARAT KEMASUKAN :

Lulus SPM atau setaraf dengannya dan mendapat 3 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran.

PENGANUGERAHAN:

Pelajar akan dianugerahkan dengan Diploma Pendidikan Pra Sekolah oleh Kolej UNITI.

PENGENALAN:

Pendidikan Awal Kanak-Kanak adalah istilah yang selalu digunakan untuk menggambarkan pendidikan kanak-kanak yang berumur 2 ½ tahun dan 6 tahun. Pendidikan awal kanak-kanak berkembang dengan pelbagai prinsip pembelajaran dan kaedah, di majukan oleh perintis Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Frederick Froebel dan Dr Maria Montessori.

Apa yang akan anda belajar?

Kursus Pendidikan Pra Sekolah bertujuan untuk menghasilkan pendidik awal kanak-kanak yang terlatih, berdedikasi, serba boleh, berpengetahuan dalam teori dan cekap dalam kebolehan praktikal.

Kurikulum Pendidikan Pra Sekolah termasuk memberi peluang untuk mempraktikkan pengetahuan teori di dalam latihan kelas amali. Pelajar juga diajar bagaimana untuk menyediakan suasana pembelajaran yang sesuai dan membimbing anak-anak untuk mengadaptasi suasana pembelajaran.

Kursus ini memberi anda pengetahuan yang mendalam mengenai kanak-kanak dan menyediakan pelajar untuk mengajar di tadika atau pusat penjagaan kanak-kanak.

STRUKTUR PROGRAM :

TAHUN PERTAMA

* GURU DAN ALAM PENDIDIKAN
* PEDADOGI, PSIKOLOGI KANAK-KANAK
* FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
* KEIBUBAPAAN

TAHUN KEDUA


* PENDEKATAN DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
* KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAAN 1
* AKTIVITI FIZIKAL PERINGKAT AWAL KANAK-KANAK
* KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAAN 2
* PERANCANGAN
* PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PROGRAM PRASEKOLAH 1
* PENGESANAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
* EARLY CHILDHOOD: ART AND MUSIC


TAHUN KETIGA


* KURIKULUM KEBANGSAAN 3
* PERANCANGAN
* PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PROGRAM PRASEKOLAH 2
* PENGURUSAN DAN KEUSAHAWANAN PUSAT PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
* KESIHATAN KANAK-KANAK
* TEKNOLOGI UNTUK KANAK-KANAK
* PENGURUSAN TINGKAHLAKU KANAK-KANAK
* PENGLIBATAN IBUBAPA DAN GURU
* KANAK-KANAK DENGAN KEPERLUAN KHAS
* KESELAMATAN KANAK-KANAK DAN PERLINDUNGANNYA

PELUANG  SELEPAS  MENAMATKAN  PENGAJIAN

Melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah di universiti-universiti awam (UPSI &  UKM) yg menawarkan kursus di bidang yang berkaitan atau bekerja di sektor awam atau swasta sebagai Penyelia, Pengurus atau Guru Prasekolah, Guru Tadika atau Taska. Graduan juga berpeluang untuk membuka Tadika/Taska sendiri. 

SIJIL  PERAKUAN  AKREDITASI (MQA-AGENSI  KELAYAKAN  MALAYSIA)  DIPLOMA  PENDIDIKAN  PRA  SEKOLAH  KOLEJ  UNITI  No Ruj LAN/LAN Approval No :KA6871
CERTIFICATE  OF  ACCREDITATION  (MQA-MALAYSIAN  QUALIFICATIONS AGENCY)  DIPLOMA  IN  PRE-SCHOOL  EDUCATION

Bagi  pelajar  yang  berminat  untuk  mengetahui  lebih  lanjut  tentang  Kursus  Diploma  Pendidikan  Pra  Sekolah   di  Kolej  Uniti  Port  Dickson  Negeri  Sembilan  bolehlah  menghubungi  En  Azizul  Md  Isa  ditalian  019-6233232   facebook  https://www.facebook.com/azizulmd